Sign Blog


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan..

   

     Bercakap pasal kehidupan..kehidupan? apa tujuan sebenar kita dilahirkan.. ya.. terlalu banyak yang ingin di kejar oleh setiap manusia..begitu juga dengan saya sendiri..banyak impian yang ingin dikejar.. setakat ini, terlalu banyak jugalah pahit dan manis yang saya alami..bermacam-macam sudah jenis manusia yang saya hadapi.. syukur alhamdulillah,setakat ini saya masih mampu meneruskan hidup walaupun tanpa seorang ayah.. (Al-Fatihah buat ayah)

    Hidup ini banyak yang ingin dikejar..antaranya kerjaya,cinta,tuntutan allah s.w.t,tanggungjawab terhadap keluarga, dan sebagainya..

    "KERJAYA", setiap daripada sudah semestinya menginginkan kerjaya yang terbaik demi masa depan kita sndiri,dan keluarga.. Namun, semua itu perlu lah dikejar bermula dari bangku sekolah lagi. Buat adik-adik yang masih berada di bangku sekolah, belajar lah bersungguh-sungguh untuk masa depan. takut menyesal dikemudian hari. Tapi pada masa kini,pelajaran bukanlah penentu segala-galanya.. USAHA yang penting..USAHA yang kita buat,INSyaallah, akan nampak hasilnya.. =)


 
  "CINTA", cinta merupakan perasaan semulajadi yang ada pada setiap makhluk tuhan di muka bumi ini.. Setiap manusia Allah S.W.T telah tetapkan jodoh masing-masing. Namun CINTA boleh membuatkan manusia LALAI jika tidak dikawal dengan sebaiknya.. Saya juga sudah pernah melaluinya.. Pada mulanya memang INDAH namun kadangkala ia berakhir dengan kesedihan. Sekiranya berakhir dengan kesedihan (Tiada Jodoh), ingatlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin Allah menjanjikan kita pasangan yang lebih baik untuk kita.. sentiasalah berprasangka baik dan banyakkan berdoa, insyaallah, hati kita akan tenang. =)

   "TUNTUTAN ALLAH", banyak tuntutan Allah S.W.T yang perlu kita tunaikan..antaranya tertera pada Rukun Islam..

 (1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

  kadangkala kita terlupa dengan tuntuan Allah S.W.T.. begitu juga dengan saya..tidak lari daripada membuat kesilapan.. Namun, setiap apa yang kita lakukan setiap hari perlulah ada keberkatan daripada Allah S.W.T.. USAHA,DOA & TAWAKAL. Mudah-mudahan kita semua,termasuk saya sendiri tidak lupa dengan tuntutan Allah S.W.T. Insyaallah.. =)

  "TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA", jikalau dilihat pada hari ini,masih terdapat segelintir anak muda yang lupa dengan tanggungjawab terhadap keluarga. Ada diantara mereka yang sibuk bekerja mencari rezeki sehingga terlupa asal usul mereka. Menyedihkan lagi apabila, ibubapa dibiarkan tanpa perhatian daripada anak-anak. Kita sebagai anak perlulah membalas jasa kedua ibubapa kita yang telah membesarkan kita sehingga kita berjaya pada hari ini. Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan juga perlu mendapat restu daripada kedua ibubapa. ingatlah mereka disaat mereka memerlukan kita. =)




0 ulasan:

Catat Ulasan

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Followers


Messages