Sign Blog


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing Is Caring | Sihir..

  
     hari ini saya nak bercerita pulak tentang sihir.. jenguk-jenguk di laman facebook,adalah satu member post status berkenaan sihir... nice topic.. jadi bermulalah research saya di sekitar laman web yang berkenaan tentang  sihir untuk dikongsikan bersama anda.. 

   Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sebab dengki, sakit hati, cemburu dan sebagainya. Manusia jenis ni akan mencari tukang sihir atau lebih kita kenali sebagai "bomoh" untuk memuaskan hati yang penuh dengan dengki,sakit hati atau cemburu. Tukang sihir ni pula akan guna khidmat jin dan syaitan untuk menyempurnakan permintaan si pendengki. 


    Antara gejala-gejala manusia yang terkena sihir ni, yang saya tahu "makan banyak sangat tapi semakin hari semakin kurus" (hmm.. lain la yang makan makanan tu). tapi banyak lagi tanda-tanda lain yang kebiasaannya berlaku kepada si manusia yang terkena sihir ini. Antaranya : -

  1. Tidak dapat tidur malam (kecuali yang ada penyakit imsonia,tapi lebih baik periksa terlebih dahulu)
  2. Suka ketawa sendiri
  3. Tak suka mandi
  4. Suka makan banyak. Actually makan untuk dua orang = sendiri + jin!!
  5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
  6. boleh bercakap bahasa lain secara tiba-tiba ( yang pada kebiasaannya si manusia tidak tahu langsung bahasa asing)
   Mungkin ada banyak lagi tanda lain yang ada.. Susah jugak nak puaskan hati semua orang ni, mesti ada jugak yang tidak puas hati dengan kita. seelok-eloknya jauhkan la sihir ni..




Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:


"Bismillaahi (3x)
A ‘uudzu bi ‘iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru"

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.

2. Bacalah ayat di atas 7 kali.

3. Kemudian baca doa:

 ”Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa”

Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan mel ain kan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi. 

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib

“Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim”

Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya mel ain kan kehendak Allah.
Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don’t just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.

Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.

Ayatul Kursi – mengiringi tiap waktu solat fardhu

Surah Al Baqarah – baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “Aamanarasul. …”

Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.


Note! : “Arasy” atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin."


4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. 
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir – surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar.

p/s :ingatlah Allah S.W.T dalam setiap perlakuan kita.. jangan disebabkan hasat dengki,cemburu dan sakit hati pada orang lain, kita menyekutukan Allah S.W.T.. beringatlah selalu.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Followers


Messages